Saturday, April 17, 2010

Brownies

Bahan-bahan:

190 gm mentega
60 gm serbuk kokok

Bahan B

550 gm gula perang
375 gm mentega
8 biji telur
300 gm tepung - diayak
100 gm badam cincang
1 sudu teh esen vanila

Bahan hiasan :

200 gm coklat masakan
200 gm susu cair
2 sudu besar mentega
(masak kesemua bahan menggunakan kaedah double boiler)


Cara memasak :

  1. Masak mentega bersama serbuk koko hingga cair dan biarkan sejuk.
  2. Pukul gula perang bersama mentega hingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Masukkan esen vanila dan pukul hingga adunan menjadi gebu.
  4. Kemudian masukkan tepung dan juga mentega bersama serbuk koko (no.1) tadi.Gaul hingga sebati.
  5. Setelah adunan rata , masukkan badam cincang dan akup balikkan adunan hingga sebati.
  6. Tuangkan ke dalam loyang 9 x 9 inci dan bakar pada suhu 170*C selama 1 jam.
  7. Apabila sejuk , angkat dan siramkan dengan coklat di atasnya apabila hendak makan.

Pudng Batik Warisan Anjera

Bahan-bahan :

300 gm biskut marie
175 gm mentega
1/4 tin susu pekat
120 gm gula
30 gm serbuk koko
250 biji telur

Cara memasak :

  1. Campurkan mentega bersama susu pekat , gula , serbuk koko dan juga air.
  2. Kemudian masak di atas api perlahan hingga adunan menjadi pekat.
  3. Setelah itu masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
  4. Atur biskut di alam loyang segiempat dan tuangkan adunan tadi ke atasnya.
  5. Selang selikan biskut dan adunan secara berlapis-lapis sehingga adunan habis.
  6. Simpan dia dalam peti sejuk selama 5 jam sebelum sedia dipotong.

Wednesday, April 14, 2010

Kek Coklat Biskut Marie

Bahan-bahan:

65 gm mentega
35 gm gula perang
1 biji telur ayam
125 gm coklat masakan
250 gm biskut marie
200 gm coklat masakan - untuk salut atas kek
40 gm mentega

Cara-cara menyediakannya:

  1. Ramas biskut dengan tangan hingga hancur.
  2. Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan ringan.
  3. Sementara itu cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double boiler.
  4. Curahkan adunan mentega ke dalam coklat cair dan kacau rata.Kemudian masukkan pula telur kacau lagi hingga sebati.
  5. Akhir sekali barulah masukkan biskut dan kacau lagi hingga biskut betul-betul bercampur dengan coklat.
  6. Tuangkan adunan kek biskut ke dalam acuan (sapukan sekeliling acuan dengan mentega).Tekan-tekankan dengan belakang sudu supaya betul-betul padat.Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dan hentak-hentakkan sedikit supaya mudah dikeluarkan dari acuan.Apabila kek mula lekang dari acuan keluarkan dan terbalikkan atas pelapik kek.
  8. Sementara itu dengan kaedah double boiler cairkan coklat dengan mentega selepas itu curahkan ke atas kek dan ratakan dengan spatula. Hiaskan kek cantik-cantik dan bolehlah dimakan.

Ayam Daun Kari

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
20 tangkai cili kering - kisar
2 labu bawang besar - kisar
2 sudu besar cuka
3 sudu besar kicap manis
3 tangkai daun kari
sedikit garam dan serbuk kunyit - gaul pada ayam
minyak untuk menggoreng


Cara menyediakannya :

  1. Gaulkan serbuk kunyit dan garam pada ayam dan goreng sebentar.Ketepikan.
  2. Tumis bawang besar sehingga wangi , masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan kicap manis , cuka , daun kari , gula dan garam secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Biarkan sehingga masak dan bolehlah dihidangkan.

Ayam Masala

Bahan-bahan :

500 gm ayam
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 labu bawang besar - hiris
kayu manis
jintan putih dan jintan manis - digoreng dan tumbuk
minyak masak
cili serbuk secukupnya
rempah daging
garam

Cara menyediakannya:

  1. Tumis bawang , rempah, halia dan kulit kayu manis.
  2. Kemudian masukkan serbuk cili , serbuk jintan gula dan garam.
  3. Akhir sekali masukkan ayam dan sedikit air .
  4. Kacau sehingga ayam betul2 masak.Bolehlah dihidangkan.

Friday, March 5, 2010

Nasi Minyak Anje

Hidangan untuk 5 orang.

3 cawan beras
4 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak sapi
1 labu besar bawang besar
3 ulas bawang putih
4 cm. halia
3 cudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 cawan susu cair
Daun pandan ... jika suka
Sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang


Cara-cara memasak nasi:

Hiris bawang besar , bawang putih dan halia.Tumis bahan2 dengan minyak hingga garing kmudian tuang ke dalam periuk elektrik yang telah diisi air. Biarkan hingga mendidih tapi jangan lama sangat.Tuang susu cair , gula dan garam. Beras dicuci dahulu dan toskan kemudian tuang ke dalam periuk tadi dan tanak seperti biasa.Nasi boleh dikacau untuk masak lebih sekata dan boleh ditabur kismis atau gajus goreng.

Milo Choc Float

Bahan2:

25gm. milo
150ml. air panas
225ml. susu nestle
2 camca besar krim putar
1/4 camca tehj esen vanila
1 skup aiskrim vanila nestle
Tambahan milo


Tuang 25gm. milo dan 150ml. air panas dalam periuk dan masak hingga mendidih.Tuang susu, krim serta esen vanila dan kacau ; panaskan tapi jangan sampai mendidih.
Pukul adunan sehingga berbuih dan tuang dalam gelas.Kemudian skupkan aiskrim ke dalam gelas dan percikkan milo.

Milo Soya Smoothie

Bahan2:

30 gm. milo
100ml. minuman soya Nesvita
2 skup aiskrim vanila Nestle
1 cawan ais hancur


Kisar semua bahan di dalam blender sehingga sebati.Tuang ke dalam gelas yang disejukkan dan hidangkan serta-merta.

Milo Dinosaur

Bahan2:

6 camca besar milo
1/2 camca besar krimer manis
340ml air sejuk
1 cawan ais hancur
Tambahan milo


Bancuh milo dengan krimer manisn di dalam gelas.Tuang air sejuk dan kacau sebati.Masukkan ais hancur dan kacau.Tambah 2 camca besar milo di atas .

Tuesday, January 19, 2010

Anje Chocolate Moist

Bahan-bahan:

  1. 250 gm. tepung gandum
  2. 50 gm. serbuk koko
  3. 1 camt. serbuk penaik
  4. 1/2 camt. serbuk soda
  5. 190 gm. mentega
  6. 330 gm. gula halus
  7. 1 1/2 camt. esen vanila
  8. 4 biji telur
  9. 250 ml air sejuk

Cara-cara membuatnya :


  1. Bahan 1 , 2 , 3 , 4 diayak bersama sebanyak 3 kali.
  2. Satukan mentega dan gula. Pukul sehingga kembang selama 5 minit.
  3. Langkah seterusnya masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
  4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak tadi berselang seli dengan air sejuk dan pukul lagi hingga adunan sebati.
  5. Setelah adunan siap tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci yang telah disapu mentega dan tepung gandum bagi mengelakkan kek melekat. Hentak biar kek menjadi padat.
  6. Bakar selama hampir sejam pada suhu 180
Bahan-bahan fudge coklat


50 gm serbuk koko
125 ml. air
1 cawan susu cair
200 gm. gula pasir
1 camt. esen vanila
2 biji kuning telur
60 gm. tepung jagung
60 gm. mentega


Satukan semua bahan kecuali mentega ke dalam bekas secara double boil. Kacau sehingga pekat dan kemudian padamkan api. Selepas itu baru masukkan mentega dan kacau sehingga sebati.


Nota :

Kek dibahagi dua. Letakkan kira-kira 1/2 bahan fudge ke dalam kek dan selebihnya fudge itu disapu di atas kek sebagai hiasan. Selepas siap simpan kek dalam peti sejuk selama sejam sebelum dihidangkan. Ini bagi mengelakkan kek daripada susah dipotong.

Sunday, January 10, 2010

Puding Koko Puff

Bahan A

  1. Agar2 tali RM1.80)
  2. 4 cawan air
  3. 1 cawan gula
Bahan B

  1. 4 biji telur
  2. 2 camb. tepung kastad
  3. 2 camb. mentega
  4. 1 tin susu cair
  5. Biskut koko puff (RM 2.00)
  6. Pewarna hijau
Cara2 membuat

  1. Masak bahan A hingga mendidih selepas itu tapiskan.
  2. Tuang bahan A ke dalam bahan B kacau di atas api hingga pekat.
  3. Apabila masak bahagikan kepada 2 bahagian (1 warna hijau 1 warna asal)
  4. Tuang lapisan hijau dalam loyang kemudian lapiskan atau susun biskut koko puff di atasnya kemudian tuang warna asal. Buat seterusnya sehingga habis.
  5. Akhir sekali simpan di dalam peti sejuk. Bolehlah dipotong untuk dimakan.

Sunday, January 3, 2010

Kek Lapis Batik Anje

Bahan A :

100 gm tepung hongkong
50 gm tepung superfine
200 gm gula halus
60 gm slimeal @ nestum segera bermadu
40 gm kopi mix
10 biji telur grd B
1/2 camt. serbuk vanila
3 camb. susu tepung
1 camb. ovalette


Bahan B :

450 gm mentega
130 gm. sekaya
1 camb. mixfruit syrup (madu)


Cara-cara membuat:
  1. Campur semua bahan A dan pukul sehingga kembang.
  2. Pukul bahan B sehingga kembang (mangkuk lain)
  3. Satukan adunan A dan adunan B kemudian bahagikan kepada 3 bahagian (merah , hijau , kuning)
  4. Adunan kuning untuk lapisan bawah dan atas.
  5. Adunan merah dimasukkan ke dalam beg piping dan adunan hijau juga dimasukkan ke dalam beg piping yang lain.
  6. Sediakan loyang 8.5 x 8.5 x 4 lapikkan loyang menggunakan kertas kalis minyak.
  7. Bakar menggunakan api gril di dalam ketuhar bersuhu 250*C
  8. Tuang selapis adunan kuning dan bakar selama lebih kurang 3 @ 5 minit .Angkat dan tekan kemudian lapiskan adunan kuning lagi dan bakar . Buat sehingga 5 lapisan.
  9. Selepas 5 lapisan tekan dan picitkan adunan hijau selang seli dengan adunan merah.
  10. Bakar apabila masak tekan selepas itu buat lagi lapisan sehingga habis adunan hijau dan merah. (boleh dapat dalam 5/6 lapisan) setiap lapisan mestilah ditekan supaya tidak menggelembung
  11. Akhir sekali lapiskan dengan adunan kuning pula buat sehingga habis. Setiap lapisan gunakan api atas sahaja.
  12. Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.


Puding Roti Istimewa Anje





Bahan A
:

1 paket serbuk agar agar (11 gm.)
1000 ml air
1 cawan gula pasir ( ikut manis)

Bahan B :

6 keping roti sandwich (potong dadu)
1 cawan susu pekat manis (ikut manis)
1 tin susu cair
1 camt. esen vanila
2 biji telur
sedikit garam


Cara membuat:

  1. Masak bahan A hingga mendidih.
  2. Kisar semua bahan B hingga halus.
  3. Apabila bahan A mendidih tuang bahan B dan perlahankan api. Sekiranya kurang manis boleh tambah susu pekat lagi.
  4. Masak lebih kurang 10 minit boleh ditutup api .
  5. Ambil sedikit tuang dalam mangkuk dan letakkan pewarna pilihan .(merah , hijau , kuning)
  6. Lebihan puding tuang ke dalam loyang dan biarkan lebih kurang 3 minit selepas itu titiskan puding yang telah diwarnakan tadi dan lorekkan menjadi corak pilihan anda(corak marble) anda boleh gunakan satu warna sahaja pun boleh seperti koko/coklat. Lorekkan corak gunakan lidi.
  7. Akhir sekali sejukkan di dalam peti sejuk dan bolehlah dimakan.

Friday, January 1, 2010

Kek Lapis Anjera

Bahan A

11 biji telur
200 gm. gula castor
200 gm. tepung gandum
100 gm. tepung hong kong
1 camt. ovelette
5 camb. susu tepung
3 cam. tepung jagung
1 paket kopi mix
1 camt. butter vanila


Bahan B


400 gm. mentega
200 gm. sekaya
1camb. sirap minda @ madu
1 tin susu pekat manis (boleh kurangkan jika mahu)

Bahan C


Pewarna hijau / merah / kuning (ikut citarasa)


Cara2 membuatnya :

1. Pukul bahan A hingga kembang dan ringan (ketepikan)
2. Pukul bahan B pula (bekas lain) hingga kembang
3.Satukan adunan A dan adunan B kemudian gaul hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian iaitu merah dan hijau ataupun ikut pilihan sendiri.
5. Sediakan loyang kek lapis (8.5 x 8.5 x 4) lapikkan loyang dengan kertas kalis minyak (parch-
ment paper)
6.Tuang selapis nipis adunan hijau ke dalam acuan dan ratakan. Bakar dengan api grill di dalam
ketuhar bersuhu 250*c selama 3 minit.
7. Angkat lapisan yg dibakar tadi dan tekan lapisan tadi untuk merapatkannya (gunakan pene-
kan khas untuk kek lapis)
8. Tuang selapis nipis adunan merah atas lapisan hijau dan ratakan.Bakar semula
dan gunakan api atas sahaja. Ulangi sehingga habis adunan.
9. Apabila semua selesai keluarkan dan sejukkan.

*Dapatkan Sirap Minda dgn klik link di bwh

http://azmanja.blogspot.com/search?updated-max=2009-12-12T22%3A15%3A00-08%3A00&max-results=7

Puding Koko GX






Bahan-bahan
:

1 paket biskut marie (sebarang jenis)

3 cawan koko gx atau milo

1/2 tin susu pekat manis (ikut manis yg diingini)

2@3 cawan serbuk kacang tanah

sedikit mentega untuk sapu sekeliling loyang

loyang saiz 9x9x2 inci


Cara-cara membuatnya:


1. Patah-patahkan biskut marie. Jangan terlalu kecil.

2. Masukkan ke dalam mangkuk besar.

3. Tuangkan milo atau koko gx kemudian gaul rata dan tuangkan susu pekat gaul se-

hingga sebati dan melekat.

4. Akhir sekali masukkan serbuk kacang tanah kemudian gaul.

5. Loyang disapu mentega sekeliling sehingga rata kemudian tuang adunan lalu ratakan dan tekan sehingga rata di dalam loyang.

6. Akhir sekali simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam. Selepas itu boleh potong dan bolehlah dimakan.