100 gm tepung hongkong
50 gm tepung superfine
200 gm gula halus
60 gm slimeal @ nestum segera bermadu
40 gm kopi mix
10 biji telur grd B
1/2 camt. serbuk vanila
3 camb. susu tepung
1 camb. ovalette
Bahan B :
450 gm mentega
130 gm. sekaya
1 camb. mixfruit syrup (madu)
Cara-cara membuat:
- Campur semua bahan A dan pukul sehingga kembang.
- Pukul bahan B sehingga kembang (mangkuk lain)
- Satukan adunan A dan adunan B kemudian bahagikan kepada 3 bahagian (merah , hijau , kuning)
- Adunan kuning untuk lapisan bawah dan atas.
- Adunan merah dimasukkan ke dalam beg piping dan adunan hijau juga dimasukkan ke dalam beg piping yang lain.
- Sediakan loyang 8.5 x 8.5 x 4 lapikkan loyang menggunakan kertas kalis minyak.
- Bakar menggunakan api gril di dalam ketuhar bersuhu 250*C
- Tuang selapis adunan kuning dan bakar selama lebih kurang 3 @ 5 minit .Angkat dan tekan kemudian lapiskan adunan kuning lagi dan bakar . Buat sehingga 5 lapisan.
- Selepas 5 lapisan tekan dan picitkan adunan hijau selang seli dengan adunan merah.
- Bakar apabila masak tekan selepas itu buat lagi lapisan sehingga habis adunan hijau dan merah. (boleh dapat dalam 5/6 lapisan) setiap lapisan mestilah ditekan supaya tidak menggelembung
- Akhir sekali lapiskan dengan adunan kuning pula buat sehingga habis. Setiap lapisan gunakan api atas sahaja.
- Sejukkan dan bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment