Sunday, January 3, 2010

Puding Roti Istimewa Anje





Bahan A
:

1 paket serbuk agar agar (11 gm.)
1000 ml air
1 cawan gula pasir ( ikut manis)

Bahan B :

6 keping roti sandwich (potong dadu)
1 cawan susu pekat manis (ikut manis)
1 tin susu cair
1 camt. esen vanila
2 biji telur
sedikit garam


Cara membuat:

  1. Masak bahan A hingga mendidih.
  2. Kisar semua bahan B hingga halus.
  3. Apabila bahan A mendidih tuang bahan B dan perlahankan api. Sekiranya kurang manis boleh tambah susu pekat lagi.
  4. Masak lebih kurang 10 minit boleh ditutup api .
  5. Ambil sedikit tuang dalam mangkuk dan letakkan pewarna pilihan .(merah , hijau , kuning)
  6. Lebihan puding tuang ke dalam loyang dan biarkan lebih kurang 3 minit selepas itu titiskan puding yang telah diwarnakan tadi dan lorekkan menjadi corak pilihan anda(corak marble) anda boleh gunakan satu warna sahaja pun boleh seperti koko/coklat. Lorekkan corak gunakan lidi.
  7. Akhir sekali sejukkan di dalam peti sejuk dan bolehlah dimakan.

No comments:

Post a Comment