Friday, January 1, 2010

Kek Lapis Anjera

Bahan A

11 biji telur
200 gm. gula castor
200 gm. tepung gandum
100 gm. tepung hong kong
1 camt. ovelette
5 camb. susu tepung
3 cam. tepung jagung
1 paket kopi mix
1 camt. butter vanila


Bahan B


400 gm. mentega
200 gm. sekaya
1camb. sirap minda @ madu
1 tin susu pekat manis (boleh kurangkan jika mahu)

Bahan C


Pewarna hijau / merah / kuning (ikut citarasa)


Cara2 membuatnya :

1. Pukul bahan A hingga kembang dan ringan (ketepikan)
2. Pukul bahan B pula (bekas lain) hingga kembang
3.Satukan adunan A dan adunan B kemudian gaul hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian iaitu merah dan hijau ataupun ikut pilihan sendiri.
5. Sediakan loyang kek lapis (8.5 x 8.5 x 4) lapikkan loyang dengan kertas kalis minyak (parch-
ment paper)
6.Tuang selapis nipis adunan hijau ke dalam acuan dan ratakan. Bakar dengan api grill di dalam
ketuhar bersuhu 250*c selama 3 minit.
7. Angkat lapisan yg dibakar tadi dan tekan lapisan tadi untuk merapatkannya (gunakan pene-
kan khas untuk kek lapis)
8. Tuang selapis nipis adunan merah atas lapisan hijau dan ratakan.Bakar semula
dan gunakan api atas sahaja. Ulangi sehingga habis adunan.
9. Apabila semua selesai keluarkan dan sejukkan.

*Dapatkan Sirap Minda dgn klik link di bwh

http://azmanja.blogspot.com/search?updated-max=2009-12-12T22%3A15%3A00-08%3A00&max-results=7

No comments:

Post a Comment