Friday, January 1, 2010

Puding Koko GX






Bahan-bahan
:

1 paket biskut marie (sebarang jenis)

3 cawan koko gx atau milo

1/2 tin susu pekat manis (ikut manis yg diingini)

2@3 cawan serbuk kacang tanah

sedikit mentega untuk sapu sekeliling loyang

loyang saiz 9x9x2 inci


Cara-cara membuatnya:


1. Patah-patahkan biskut marie. Jangan terlalu kecil.

2. Masukkan ke dalam mangkuk besar.

3. Tuangkan milo atau koko gx kemudian gaul rata dan tuangkan susu pekat gaul se-

hingga sebati dan melekat.

4. Akhir sekali masukkan serbuk kacang tanah kemudian gaul.

5. Loyang disapu mentega sekeliling sehingga rata kemudian tuang adunan lalu ratakan dan tekan sehingga rata di dalam loyang.

6. Akhir sekali simpan di dalam peti sejuk lebih kurang 2 jam. Selepas itu boleh potong dan bolehlah dimakan.

No comments:

Post a Comment