Tuesday, January 19, 2010

Anje Chocolate Moist

Bahan-bahan:

  1. 250 gm. tepung gandum
  2. 50 gm. serbuk koko
  3. 1 camt. serbuk penaik
  4. 1/2 camt. serbuk soda
  5. 190 gm. mentega
  6. 330 gm. gula halus
  7. 1 1/2 camt. esen vanila
  8. 4 biji telur
  9. 250 ml air sejuk

Cara-cara membuatnya :


  1. Bahan 1 , 2 , 3 , 4 diayak bersama sebanyak 3 kali.
  2. Satukan mentega dan gula. Pukul sehingga kembang selama 5 minit.
  3. Langkah seterusnya masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga kembang.
  4. Masukkan tepung gandum yang telah diayak tadi berselang seli dengan air sejuk dan pukul lagi hingga adunan sebati.
  5. Setelah adunan siap tuangkan ke dalam loyang berukuran 9 inci yang telah disapu mentega dan tepung gandum bagi mengelakkan kek melekat. Hentak biar kek menjadi padat.
  6. Bakar selama hampir sejam pada suhu 180
Bahan-bahan fudge coklat


50 gm serbuk koko
125 ml. air
1 cawan susu cair
200 gm. gula pasir
1 camt. esen vanila
2 biji kuning telur
60 gm. tepung jagung
60 gm. mentega


Satukan semua bahan kecuali mentega ke dalam bekas secara double boil. Kacau sehingga pekat dan kemudian padamkan api. Selepas itu baru masukkan mentega dan kacau sehingga sebati.


Nota :

Kek dibahagi dua. Letakkan kira-kira 1/2 bahan fudge ke dalam kek dan selebihnya fudge itu disapu di atas kek sebagai hiasan. Selepas siap simpan kek dalam peti sejuk selama sejam sebelum dihidangkan. Ini bagi mengelakkan kek daripada susah dipotong.

No comments:

Post a Comment