Wednesday, April 14, 2010

Kek Coklat Biskut Marie

Bahan-bahan:

65 gm mentega
35 gm gula perang
1 biji telur ayam
125 gm coklat masakan
250 gm biskut marie
200 gm coklat masakan - untuk salut atas kek
40 gm mentega

Cara-cara menyediakannya:

  1. Ramas biskut dengan tangan hingga hancur.
  2. Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan ringan.
  3. Sementara itu cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double boiler.
  4. Curahkan adunan mentega ke dalam coklat cair dan kacau rata.Kemudian masukkan pula telur kacau lagi hingga sebati.
  5. Akhir sekali barulah masukkan biskut dan kacau lagi hingga biskut betul-betul bercampur dengan coklat.
  6. Tuangkan adunan kek biskut ke dalam acuan (sapukan sekeliling acuan dengan mentega).Tekan-tekankan dengan belakang sudu supaya betul-betul padat.Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dan hentak-hentakkan sedikit supaya mudah dikeluarkan dari acuan.Apabila kek mula lekang dari acuan keluarkan dan terbalikkan atas pelapik kek.
  8. Sementara itu dengan kaedah double boiler cairkan coklat dengan mentega selepas itu curahkan ke atas kek dan ratakan dengan spatula. Hiaskan kek cantik-cantik dan bolehlah dimakan.

No comments:

Post a Comment