Saturday, April 17, 2010

Brownies

Bahan-bahan:

190 gm mentega
60 gm serbuk kokok

Bahan B

550 gm gula perang
375 gm mentega
8 biji telur
300 gm tepung - diayak
100 gm badam cincang
1 sudu teh esen vanila

Bahan hiasan :

200 gm coklat masakan
200 gm susu cair
2 sudu besar mentega
(masak kesemua bahan menggunakan kaedah double boiler)


Cara memasak :

  1. Masak mentega bersama serbuk koko hingga cair dan biarkan sejuk.
  2. Pukul gula perang bersama mentega hingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Masukkan esen vanila dan pukul hingga adunan menjadi gebu.
  4. Kemudian masukkan tepung dan juga mentega bersama serbuk koko (no.1) tadi.Gaul hingga sebati.
  5. Setelah adunan rata , masukkan badam cincang dan akup balikkan adunan hingga sebati.
  6. Tuangkan ke dalam loyang 9 x 9 inci dan bakar pada suhu 170*C selama 1 jam.
  7. Apabila sejuk , angkat dan siramkan dengan coklat di atasnya apabila hendak makan.

Pudng Batik Warisan Anjera

Bahan-bahan :

300 gm biskut marie
175 gm mentega
1/4 tin susu pekat
120 gm gula
30 gm serbuk koko
250 biji telur

Cara memasak :

  1. Campurkan mentega bersama susu pekat , gula , serbuk koko dan juga air.
  2. Kemudian masak di atas api perlahan hingga adunan menjadi pekat.
  3. Setelah itu masukkan telur dan kacau lagi hingga sebati.
  4. Atur biskut di alam loyang segiempat dan tuangkan adunan tadi ke atasnya.
  5. Selang selikan biskut dan adunan secara berlapis-lapis sehingga adunan habis.
  6. Simpan dia dalam peti sejuk selama 5 jam sebelum sedia dipotong.

Wednesday, April 14, 2010

Kek Coklat Biskut Marie

Bahan-bahan:

65 gm mentega
35 gm gula perang
1 biji telur ayam
125 gm coklat masakan
250 gm biskut marie
200 gm coklat masakan - untuk salut atas kek
40 gm mentega

Cara-cara menyediakannya:

  1. Ramas biskut dengan tangan hingga hancur.
  2. Pukul mentega dengan gula hingga kembang dan ringan.
  3. Sementara itu cairkan coklat masakan dengan menggunakan kaedah double boiler.
  4. Curahkan adunan mentega ke dalam coklat cair dan kacau rata.Kemudian masukkan pula telur kacau lagi hingga sebati.
  5. Akhir sekali barulah masukkan biskut dan kacau lagi hingga biskut betul-betul bercampur dengan coklat.
  6. Tuangkan adunan kek biskut ke dalam acuan (sapukan sekeliling acuan dengan mentega).Tekan-tekankan dengan belakang sudu supaya betul-betul padat.Simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 3 jam atau semalaman.
  7. Keluarkan kek dan hentak-hentakkan sedikit supaya mudah dikeluarkan dari acuan.Apabila kek mula lekang dari acuan keluarkan dan terbalikkan atas pelapik kek.
  8. Sementara itu dengan kaedah double boiler cairkan coklat dengan mentega selepas itu curahkan ke atas kek dan ratakan dengan spatula. Hiaskan kek cantik-cantik dan bolehlah dimakan.

Ayam Daun Kari

Bahan-bahan:

1 ekor ayam
20 tangkai cili kering - kisar
2 labu bawang besar - kisar
2 sudu besar cuka
3 sudu besar kicap manis
3 tangkai daun kari
sedikit garam dan serbuk kunyit - gaul pada ayam
minyak untuk menggoreng


Cara menyediakannya :

  1. Gaulkan serbuk kunyit dan garam pada ayam dan goreng sebentar.Ketepikan.
  2. Tumis bawang besar sehingga wangi , masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan kicap manis , cuka , daun kari , gula dan garam secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Biarkan sehingga masak dan bolehlah dihidangkan.

Ayam Masala

Bahan-bahan :

500 gm ayam
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 labu bawang besar - hiris
kayu manis
jintan putih dan jintan manis - digoreng dan tumbuk
minyak masak
cili serbuk secukupnya
rempah daging
garam

Cara menyediakannya:

  1. Tumis bawang , rempah, halia dan kulit kayu manis.
  2. Kemudian masukkan serbuk cili , serbuk jintan gula dan garam.
  3. Akhir sekali masukkan ayam dan sedikit air .
  4. Kacau sehingga ayam betul2 masak.Bolehlah dihidangkan.

Friday, March 5, 2010

Nasi Minyak Anje

Hidangan untuk 5 orang.

3 cawan beras
4 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak sapi
1 labu besar bawang besar
3 ulas bawang putih
4 cm. halia
3 cudu kecil garam
3 sudu kecil gula
1 cawan susu cair
Daun pandan ... jika suka
Sedikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang


Cara-cara memasak nasi:

Hiris bawang besar , bawang putih dan halia.Tumis bahan2 dengan minyak hingga garing kmudian tuang ke dalam periuk elektrik yang telah diisi air. Biarkan hingga mendidih tapi jangan lama sangat.Tuang susu cair , gula dan garam. Beras dicuci dahulu dan toskan kemudian tuang ke dalam periuk tadi dan tanak seperti biasa.Nasi boleh dikacau untuk masak lebih sekata dan boleh ditabur kismis atau gajus goreng.

Milo Choc Float

Bahan2:

25gm. milo
150ml. air panas
225ml. susu nestle
2 camca besar krim putar
1/4 camca tehj esen vanila
1 skup aiskrim vanila nestle
Tambahan milo


Tuang 25gm. milo dan 150ml. air panas dalam periuk dan masak hingga mendidih.Tuang susu, krim serta esen vanila dan kacau ; panaskan tapi jangan sampai mendidih.
Pukul adunan sehingga berbuih dan tuang dalam gelas.Kemudian skupkan aiskrim ke dalam gelas dan percikkan milo.